Rutin Dr. Nor Ashikin Untuk Kekal Cergas, Sihat & Menawan

Bagi Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Perunding Penuaan, penjagaan luaran dan dalaman sangat penting untuk sentiasa kelihatan anggun dan menawan. Malah, kecantikan seseorang itu akan lebih terserlah apabila mempunyai tubuh yang sihat dan cergas.

Untuk itu, selain rutin penjagaan seharian, beliau turut mengamalkan minum air serai. Katanya: “Air serai sangat bagus untuk kesihatan. Ia dapat menurunkan berat badan. Rebus 5 hingga 8 batang serai dan masukkan ke dalam 1 liter air botol. Amalkan setiap hari kerana ia berupaya membersihkan hati dan membantu membuang toksin di dalam badan dan buah pinggang.”

Tidak lupa juga dengan daun pudina dan lemon. Kepada penggemar teh, masukkan 2 hingga 3 helai daun pudina ke dalam teh dan biarkan selama 5 hingga 10 minit, yang mana sangat baik untuk sistem penghadaman.

Selain itu, beberapa potong lemon yang dicampurkan dengan air boleh dijadikan sebagai air detoks untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Tambah Dr. Nor Ashikin, bukan sahaja segi minuman, makanan turut memainkan peranan penting untuk kekal menawan. Sebagai contoh memilih makanan seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjaga kesihatan.

“Amalkan juga pengambilan Omega-3 dalam diet harian kerana ia sangat bagus kepada kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit. Jika anda melawat saudara mara atau kawan-kawan yang berada di hospital, hadiahkan Omega-3 kerana ia sangat berkesan dalam menangani masalah-masalah dalaman tubuh.”

Tips kekal sihat cara Dr. Nor Ashikin

  1. Amal minum air rebusan serai untuk bersihkan hati dan buang toksin
  2. Amal campurkan daun pudina dan lemon di dalam minuman teh sebagai detoks semula jadi dan meningkat kadar metabolisme tubuh
  3. Amal makanan seimbang dan menyihatkan untuk kekal cergas
  4. Amalkan Omega-3 untuk mengurangkan risiko penyakit dan menangani masalah dalaman tubuh

 

i-sihat.com.my