Mulakan Awal Pagi Dengan Kata-kata Manis Yang mengembirakan…

Dr. Fadzilah Kamsah

MEMBINA tabiat positif walaupun kecil namun ia mampu membawa transformasi pada kehidupan secara total!

Datuk Dr.Mohd Fadzilan Kamsah, perintis motivasi dan pengasas DMFK Inspirations Sdn.Bhd., mencadangkan setiap individu menjadikan membaca quote sebagai morning routine untuk hari yang produktif!

“Setiap pagi cuba gantikan kebiasaan membaca kata-kata positif terlebih dahulu dan percayalah ia akan merangsang anda untuk menjadi lebih hebat dan sukses.

“Ambil masa sekitar lima hingga sepuluh minit dan kemudian baru lakukan aktiviti lain pula dan anda akan merasa impaknya!

“Lihat quote yang beri rasa positif, seronok dan kelakar maka akan lahirlah tenaga yang luar biasa.

Kata-kata Hikmah Boleh Cegah Penyakit

“Kata-kata positif ini memang `makanan’ saya dari pagi sampai malam. Saya gunakan untuk buat nota untuk sampaikan ceramah.

“Besar kuasanya kata-kata hikmah ini! Ia mampu merangsang fikiran yang positif dan paling penting bila kita positif ia mampu meningkatkan imuniti tbuh sekali gus mencegah pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, strok dan juga kanser.

“Ia juga amat membantu dalam proses pemulihan individu yang mengalami selesema mahupun stres.

“Apabila berhadapan dengan keadaan tertekan, individu positif menghadapinya lebih berkesan daripada pesimis.

“Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa apabila individu optimis menghadapi kekecewaan, mereka lebih cenderung untuk memberi tumuan kepada perkara-perkara yang mereka boleh lakukan untuk menyelesaikan keadaan.

“Kata-kata hikmah ini sebenarnya dari Allah. Allah yang mengilhamkan manusia untuk menulis kata-kata mutiara ini. Orang yang menulis ini sebenarnya merangsang dirinya di di samping membantu orang lain.

“Pemikiran positif pada waktu pagi akan memastikan hari yang hebat sepanjang hari. Banyak orang tahu tapi ramai yang tidak ambil berat.

Senyum Rangsang Hormon Endorfin

“Bila kita senyum 10 saat sahaja pada waktu pagi telah merangsang hormon endorfin dan sebagainya yang buatkan kita rasa ceria.

“Walaupun pada awalnya, anda rasa seperti tidak ada kesan, lama-kelamaan ia akan masuk ke dalam minda dan jiwa secara tidak langsung. Ini dinamakan subliminal leraning!

“Dan adalah sangat bagus jika kita dedahkan hal-hal positif ini kepada anak-anak seawal usia empat tahun dan kajian yang dilakukan menunjukkan pendedahan daripada usia kecil mampu menjadikan seseorang itu lebih fokus dan berjaya.

“Untuk mengekalkan momentum positif itu tidak mudah sebab itulah apabila kita selalu membaca perkataan yang baik-baik ini ia umpama recharge semula minda!, tegas beliau.

i-sihat.com.my