Langsing & Bertenaga dengan Sarina’s Secret

WANITA merupakan aset yang amat berharga kepada kemajuan bangsa dan negara. Bagaimanapun produktiviti wanita di Malaysia mula menyusut dengan ketara apabila mencecah umur akhir 30an. Keyakinan diri, kesihatan dan kecergasan mula berkurangan pada usia ini.

Sarina’s Secret yang diasaskan oleh Sarina Hashim ingin memainkan peranan besar dalam usaha untuk mengembalikan graviti dan kecergasan wanita. Oleh itu, Sarina Hashim, melalui program Sarina’s Secret ingin berkongsi rahsia dan amalan rutin kehidupan beliau sehingga beliau dapat mengekalkan kecergasan dan penampilan walaupun sudah mencapai usia lebih setengah abad.

Dengan moto, Kini Giliranmu Tampil Persisku…, Sarina’s Secret percaya bahawa usia hanya sekadar angka. Rutin dan cara hidup yang baik akan membantu semua wanita untuk tampil menarik dan berkeupayaan untuk menyumbangkan kepada kemajuan dan produktiviti negara.

Antara bentuk senaman yang bakal diajar oleh Sarina Hashim
Antara bentuk senaman yang bakal diajar oleh Sarina Hashim
Sebahagian daripada para peserta program Kini Giliranmu Tampil Persisku

Sarina’s Secret menyasarkan untuk menarik 10,000 wanita Malaysia menyertai program yang telah dirancang untuk diadakan di semua bandar utama di negara ini. Program bermula Ogos lalu dengan bayaran penyertaan serendah RM25 untuk setiap individu. Jadual program dan senarai ejen perunding boleh didapati di laman pages rasmi : Sarina’s Secret dari masa ke semasa.

Tempah tempat anda sekarang. Hantarkan nama penuh, emel, nombor telefon dan lokasi bandar ke talian 0169281606.