Kelebihan Berus Gigi Elektrik

BERBANDING semua gajet yang boleh dibeli tahun ini, berus gigi elektrik adalah pilihan terakhir yang anda fikirkan. Memang benar, memberus dengan bersih dan konsisten mampu mencegah kaviti, gingivitis dan penyakit gusi.

Namun melakukannya secara manual bermakna anda bertanggungjawab melakukan sepenuhnya termasuk memegang berus pada sudut 45 darjah untuk memberus pada garis gusi, memberus luaran, dalaman dan permukaan gigi dengan lembut selama dua minit.

Jadi apa kata menggunakan berus gigi elektrik yang mampu bertindak lebih baik dalam membersihkan plak dan bahagian mulut yang sukar dicapai.

i-sihat.com.my