Cara terbaik kurangkan risiko penyakit kardiovaskular

OLEH: Amiratul Arifah Abdul Rahim

“SAYA terkejut besar,” ujar Ahmad Fadzil Zainal, pesakit Institut Jantung Negara (IJN) yang juga bekas pemain hoki negara dan pernah beraksi dalam dua temasya sukan Olimpik dalam program perbincangan meja bulat kesihatan jantung anjuran bersama NESTLE OMEGA PLUS dan Yayasan IJN baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fadzil sebaik mengetahui diagnosisnya, dia terkejut kerana berpendapat penyakit jantung sering kali dikaitkan dengan orang yang tidak cergas (walaupun itu satu tanggapan yang tidak tepat).

Hakikatnya, penyakit kardiovaskular tidak mengenal sesiapa. Dr. Rafidah Abu Bakar, Pakar Perunding Kardiologi IJN menjelaskan kolesterol tinggi mendedahkan seseorang kepada risiko arteriosklerosis, iaitu keadaan di mana arteri-arteri tersumbat dan mengganggu pengaliran darah serta oksigen.

Setiap orang tidak mengira usia, jantina, berat badan bahkan tahap kecergasan berdepan risiko yang sama. Hal ini kerana kolesterol yang tinggi tidak mempunyai sebarang gejala dan sering kali dikesan hanya ketika berlaku kes-kes kecemasan.

Lantaran itu pakar Dietetik Kanan IJN, Foong Pui Hing menyarankan supaya orang ramai mengambil serat sebanyak 20-30g setiap hari daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tulen bagi mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL), iaitu kolesterol yang menyebabkan penempelan lemak pada dinding arteri mengakibatkan berlakunya arteriosklerosis.

Salah satu cara untuk mengurangkan kolesterol LDL di dalam badan adalah dengan mengambil 1.2g sterol tumbuh-tumbuhan setiap hari yang juga boleh diperoleh melalui produk formula yang mengandungi sterol tambahan seperti NESTLE OMEGA PLUS.

i-sihat.com.my