Cara jadikan makanan sihat lebih menarik

KONSISTEN adalah kunci untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.

Bagaimanapun ia boleh membuatkan anda tersekat dalam rutin menu yang sama dan berasa jemu. Penyelidik bagaimanapun telah menemui cara baru menangani isu tersebut – menikmati hidangan dengan cara yang bukan konvensional.

Misalnya menikmati hidangan di taman, makan salad menggunakan tangan atau minum air menggunakan gelas yang berbeza. Kepelbagaian adalah rencah kehidupan.

i-sihat.com.my