Bersenam Rembes 4 Jenis Hormon

BERSENAM? Tak sempatlah, sibuk, tiada masa, malas dan banyak lagi alasan lain. Namun begitu tahukah anda, bersenam membenarkan tubuh merembeskan empat jenis hormon. KETIKA bersenam, akan terjadi peningkatan hormon endorfin. Ia berfungsi sebagai neurotransmiter (pembawa signal pada sistem saraf manusia), diproduksi oleh kelenjar pituitari dan memiliki struktur yang unik menyerupai morfin sehingga endorfin juga memiliki kemampuan untuk mengurangkan rasa sakit. Endorfin inilah yang menjadi kunci mengapa bersenam mencetus rasa bahagia sekaligus menurunkan kadar stres.

Selain meningkatkan endorfin, bersenam juga dapat meningkatkan hormon dopamin, serotonin dan triptofan. Dopamin sering kali disebut hormon kebahagiaan. Manakala serotonin berfungsi untuk mengatur emosi, daya ingatan dan menurunkan kadar stres pada tubuh akibat keletihan. Dopamin dan serotonin kemudian akan bekerja sama dalam mengatur mood seseorang dan menimbulkan perasaan senang serta menciptakan fikiran-fikiran positif pada diri kita.

i-sihat.com.my