Awas! Jangan duduk lama-lama…

OH tidak! Dikatakan, perbuatan duduk terlalu lama boleh mengundang pelbagai penyakit. Antaranya kanser, diabetes jenis 2 dan menjadikan kita kelihatan cepat tua.

Jadi jangan ambil mudah perkara `duduk’ kerana kebanyakan daripada kita di tempat kerja lebih banyak duduk daripada berdiri bukan? Kajian yang diterbitkan pada September 2017 dalam penerbitan Annals of Internal Medicine merumuskan, mereka yang gemar duduk terlalu lama juga boleh menambah risiko mati pada usia muda.

Namun itu tidak bermakna anda perlu berdiri terlalu lama. Ini kerana ada juga kajian berpendapat, berdiri terlalu lama dalam satu tempoh juga boleh mengundang penyakit jantung.

Jadi dalam soal duduk dan berdiri, anda perlu bijak dalam memastikan rutin di tempat kerja lebih menyihatkan.

Harus diingat,  mereka yang kitaran duduknya lebih lama mempunyai risiko lebih tinggi untuk mati berbanding mereka yang kitaran duduk pendek, tapi berulang kali. Jadi ikuti tip cergas sepanjang hari!

Ayuh Lakukan Setiap 30 Minit

  • 2 minit bergerak dan lakukan regangan
  • 8 minit berdiri dalam postur yang betul
  • 20 minit duduk dalam postur yang betul

(Jumlah dalam tempoh 7.5 jam sehari bersamaan dengan 5 jam duduk, 2 jam berdiri dan 0.5 jam bergerak)

i-sihat.com.my