5 Cara untuk Lebih Produktif Hanya Dalam 2 Saat

RAKAN sekerja anda berbual dengan suara yang agak kuat, ada berderet e-mel yang perlu dibaca, godaan melayari facebook – sebenarnya terdapat banyak gangguan yang muncul, yang boleh menyebabkan senarai tugasan tidak terusik. Nasib baik ada cara untuk menanganinya (dengan bukti saintifik), bagi menjadikan anda lebih produktif. Di sini, disenaraikan lima cara yang mudah untuk anda mencubanya.

Mendengar muzik yang betul

Mendengar muzik yang betul sewaktu bekerja mampu merangsang atau menurunkan produktiviti. Dalam satu kajian pada tahun 2016 (bayangkan : Walking On Sunshine, Brown-Eyed  Girl dan Yellow Submarine), mereka dilihat lebih mudah bekerjasama dan mempunyai emosi jiwa yang lebih baik tatkala bekerja.

Responden yang mendengar muzik yang tidak gembira – heavy metal, dalam kajian ini –menunjukkan rasa ingin bekerjasama yang sama dengan mereka yang tidak mendengar muzik, tetapi tidak mempamerkan produktiviti seperti mana kumpulan yang mendengar muzik yang menggembirakan.

“Keputusan ini benar sama ada anda mendengar muzik bersama atau secara individual menerusi fon kepala,” kata Dr. Kevin Kniffin, ketua penyelidik. Muzik yang menggembirakan mampu menggantikan kursus team building yang dianjurkan pada sesetengah syarikat.

Pasang lampu meja

Jika kerja anda memerlukan daya tumpuan yang tinggi, lampu pendarfluor mungkin boleh membantu. Penyelidik di Jepun menguji daya tumpuan responden menggunakan cahaya lampu yang berbeza. Didapati, pencahayaan sekeliling meningkatkan konsentrasi sehingga lima peratus. Jadi tutup lampu bilik dan pasang lampu meja, lebih mudah bagi anda menyelesaikan tugasan.

Lengkapkan senarai tugasan

Penyelidik dari Universiti Columbia melakukan soal selidik ke atas 258 individu dan mendapati, mereka yang sibuk lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugasan, terutama yang telah terlepas tarikh akhir, berbanding yang kurang sibuk hingga membenarkan tarikh akhir tersebut berlalu.

Secara keseluruhan, kesibukan membantu individu untuk melakukan kerja dengan lebih pantas. jadi ambil masa beberapa minit pada awal pagi untuk menyenaraikan tugas. Ia membantu untuk melaksanakannya sekalipun tugas yang banyak.

Sediakan baju panas

Rasa terlalu sejuk?ia mungkin boleh menjejaskan kerja. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Penyelidik Jepun mendapati ‘kepuasan terma’ aka sama ada anda terlalu sejuk atau panas – memberi kesan kepada produktiviti. Mereka yang berasa tidak selesa dengan suhu tidak berupaya menghabiskan tugas berbanding mereka yang berasa cukup selesa.

Beli dan letak pokok hiasan atas meja

Alam semula jadi cukup berkuasa, walaupun anda terperuk di dalam pejabat sepanjang hari. Apabila penyelidik di Michigan menguji kesan persekitaran bandar dan semula jadi terhadap produktiviti, mereka mendapati, menghidupkan sedikit elemen semula jadi, membantu anda untuk fokus. Tidak perlu berjalan kaki sehingga 30 minit untuk merasai nikmatnya (walaupun melakukannya memberikan anda keputusan menakjubkan).

Penyelidik mendapati, dengan hanya memandang gambar alam semula jadi berupaya membantu anda mengelak gangguan dan kembali fokus kepada kerja. Jadi, pilih gambar alam semula jadi untuk gambar desktop anda dan letak pokok hiasan di meja anda. ia membantu anda kembali fokus hanya dalam masa beberapa saat.

i-sihat.com.my