10 Manfaat Terbaik Serai

SERING digunakan sebagai agen penambah perisa dalam masakan Asia, serai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, folat, magnesium, zink, kuprum , zat besi, kalium, fosforus, kalsium dan mangan.

Ia mempunyai manfaat perubatan seperti analgesik, anti keradangan, anti kemurungan, antipiretik (menambahkan pengeluaran haba), antiseptik, astringen, karminatif (menyingkirkan gas dari kanal alimentari bagi melegakan kolik) dan mengandungi bahan anti kanser.

Cara mendapatkan kelebihan serai adalah dengan mencampurkan satu sudu teh serai (segar atau kering) dalam secawan air panas. Biarkannya selama 10 minit, tapis sebelum diminum. Anda juga boleh mencampurkan sedikit madu.

10 Manfaat terbaik serai

  1. Membantu penghadaman dengan membunuh bakteria jahat dan parasit
  2. Mengawal paras kolesterol (minum teh serai satu cawan sehari)
  3. Membersih dandetoksifikasi tubuh
  4. Melegakan demam dan selesema
  5. Menentang kanser
  6. Mengurangkan kesakitan akibat artritis
  7. Baik kepada ibu yang baru melahirkan
  8. Menentang kemurungan
  9. Mengurangkan masalah badan berbau
  10. Mencantikkan kulit
i-sihat.com.my